Etika RKSS

1) Sila buat temujanji anda seawal yang boleh sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda datang ke spa.

2) Bagi urutan badan, kami memohon agar anda dapat memberi tahu keselesaan kepada terapis kami dari segi tahap tekanan yang sesuai bagi anda. Begitu juga sekiranya anda tidak selesa dengan suhu bilik, anda juga boleh memberi tahu kepada terapis kami. Ini adalah bertujuan untuk keselesaan anda semasa membuat rawatan bersama kami.

3) Kami menggalakkan anda untuk memberitahu kepada terapis sekiranya anda mempunyai sebarang sakit, dibawah kawalan ubat-ubatan, masalah jantung, darah tinggi, mengandung atau pun telah melakukan sebarang pembedahan dalam masa 3 bulan.

4) Pekerja kami akan meninggalkan bilik rawatan semasa anda sedang menukar baju atau mandi bagi memberi ruang privasi anda. Mereka akan mengetuk pintu dan akan bertanya kesediaan anda sebelum masuk ke dalam bilik rawatan.